Ahad, Mac 31, 2013

love love and love

 
-> cinta pertama adalah kenangan dan cinta yang seterusnya adalah anugerah :)

Ahad, September 27, 2009

PPIK



Ppik adalah singkatan bagi pusat perkhidmatan dan ilmu komuniti.Dalam rancangan malaysia yang ke9,sekali lagi kerajaan malaysia telah menekankanpembangunan modal insan yang sekian lama telah menjadi agenda kerajaan.Dalam menjana pembangunan modal insan terdapat beberapa kementerian yang terlibatsama antaranya Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi(KTAK)dalam usaha untuk menjana pembangunan modal insan dan merapatkan perbezaan jurang digital(Teknologi dan minda) antara penduduk bandar dan luar bandar telah mengambil satuinisiatif iaitu dengan menubuhkan USP (Universal service provision) atau pemberian perkhidmatan sejagat.USP fasa5 yang kini sedang giat dijalankan mempunyai tiga projek utama iaitu PD,PPIKdan LWK (LAMAN WEB KOMUNITI).Maka ppik adalah merupakan projek dalam usp fasa 5 terhadap 250 tapak di seluruh malaysia dan 27 tapak daripadanya adalah di negri sabah.Kewujudan ppik merupakan kesinambungan daripada projek usp fasa 1 hingga fasa 4.Maksudnya mana-mana tapak yang ada PD dan mempunyai sambutan ramai telah diberi projek ppik mengikut keutamaan untuk tujuan memberi pendedahan yang lebih kepada kepada teknologi perkomputeran dan internet.

OBJEKTIF PPIK







#Memberi tunjuk ajar kepada semua komuniti di sekitar kg rondomon mengenai penggunaan komputer dan melayari internet.
# Meningkatkan kadar celik IT di kg,rondomon.
# Dapat meluaskan minda ke arah dunia global
# Dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat dalam bandar dengan luar bandar.

PERKEMBANGAN PPIK

*Sambutan yang diberikan sangat menggalakan.
* Golongan yang terlibat adalah golongan remaja,kanak-kanak dan dewasa.
* PPIK berjaya memberikan pendedahan kepada komuniti di sekitar Kg Rondomon Kudat.

PROJEK KEUSAHAWANAN







* Keusahawanan yang di pilih untuk komuniti saya ialah menjual cd dan pendrive untukmenambah kepelbagaian perkhidmatan PPIK.



* Disamping itu,PPIK juga menjediakan perkhidmatan photocopy dan printing untuk pengguna yang memerlukan. Itu juga telah menyumbangkan sedikit sebanyak pendapatan Kelab PPIK.



* Selain itu,PPIK juga memilih gubahan manik untuk keusahawanan di mana dijual bukan sekadar di bangunan PPIK sendiri tetapi kepada orang luar serta PPIK-PPIK yang lain,

OBJEKTIF KEUSAHAWANAN




Selain menambah pendapatan untuk ahli komuniti, keusahawan ini juga ,melatih komuniti untuk mengetahui serba sedikit mengenai perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

MODAL.

* Modal yang di gunakan untuk keusahawan untuk komuniti saya tidak memerlukan modal yang banyak.Modal hanya diperlukan untuk membeli CD kosong,kertas dan manik.Oleh yang demikian, saya menggunakan wang saya sendiri dahulu untuk membeli kertas,pandrive,CD kosong dan manik. Jadi, keuntungan dari penjualan itu akan dijadikan modal pada masa akan datang.